Rabu, 28 Oktober 2015

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Pada 28 Oktober 2015, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Surau An-Nur SM Sains Rembautelah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah khusus untuk pelajar Tingkatan 3. 
Program telah bermula pada jam 8.00 pagi bertempat di Surau An-Nur, SM Sains Rembau dan dihadiri oleh para pelajar tingkatan 3. Program yang diadakan ini adalah salah satu daripada program tahunan dan program lepas PT3. Program ini diadakan bertujuan memberikan gambaran yang jelas kepada pelajar tatacara pengurusan jenazah dengan betul selepas berlaku kematian.





Program telah dimulakan dengan taklimat penerangan yang telah diberikan oleh Ustaz Nazar bin Bador, Bilal Masjid Jamek An-Nur, Rembau. Pelajar telah didedahkan dengan praktikal cara menguruskan jenazah, memandikan, mengkafankan jenazah serta menyembahyangkan jenazah. Program berakhir jam 1.00 petang   

Tiada ulasan: