Khamis, 3 November 2016

PENGURUSAN JENAZAH MENURUT KAEDAH ISLAM

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Jawatankuasa Surau An-Nur, SM Sains Rembau telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah khusus untuk pelajar Tingkatan 3. Program telah bermula pada jam 8.00 pagi bertempat di Surau An-Nur SM Sains Rembau dan dihadiri oleh para pelajar tingkatan 3. 


Program yang merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan selepas PT3 ini diadakan bertujuan untuk memberikan gambaran yang jelas tentang tatacara pengurusan jenazah dengan betul mengikut syarak.



 Program telah dimulai dengan taklimat dan penerangan berkaitan yang disampaikan oleh Ustaz Nazar bin Bador, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam. Para pelajar telah didedahkan dengan perkara-perkara yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kematian. Pelajar juga diajar cara untuk menguruskan jenazah, memandikan jenazah, mengkafankan jenazah serta menyembahyangkan jenazah.
Para pelajar juga diberi peluang untuk melakukan amali memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan jenazah yang sebenar. Majlis berakhir pada jam 12.45 tengahari

Tiada ulasan: